Thursday, August 14, 2014



PENYAKIT KENCING MALAM (ENURESIS)


Punca/Sebab


✔Kegagalan mengawal pundi kencing dan pengaliran air kencing. 
✔Pening dan keresahan. Misalnya takut ke bilik air untuk membuang air kecil.
✔Emosi.
✔Kegagalan dalam mempraktikkan kawalan dan latihan air kencing yag betul.
✔ Mentaliti pembuangan air kencing tidak bersepadu. Misalnya, kebanyakan pesakit dari kalangan kanak-kanak menyangka diri mereka sedang membuang air kecil di tandas, padahal mereka sedang bermimpi sahaja. Apa yang sebearnya berlaku mereka sedang kencing diatas tilam.
✔ Infeksi jangkitan bacteria pada pundi kencing.


Kesan 


★ Kanak-kanak mungkin berdepan masalah psikologi seperti tahap keyakinan dan jati diri yang rendah.
★ Kesan Psikologi kepada Ibu Bapa - satu masalah yang membebankan. Setiap hari mereka perlu menjemur tilam dan masalah sukar membawa anak bercuti atau bermalam di tempat lain turut menimbulkan tekanan.


Apa yang boleh dilakukan


✿ Latih anak - anak belajar mengosongkan pundi kencing sebelum tidur.
✿ Pastikan bilik tidur tidak terlalu gelap sehingga menakutkan anak untuk ke tandas pada tengah malam
✿ Elakkan anak minum minuman berkafein seperti minuman bergas kerana ia membuatkan tubuh menghasilkan lebih banyak air kencing dan menjadikan anak merasa cepat dahaga.
✿ Elakkan juga anak daripada masalah sembelit kerana ia boleh menyebabkan pundi kencing tertekan dan membuang air kecil lebih kerap.
✿ Alternatif lain - memberikan carta bersama pelekat berbentuk bintang. Setiap hari kanak-kanak perlu menandakan hari mereka ‘kering’ (tidak kencing malam) dengan menggunakan pelekat bintang. Cara itu menggalakkan kanak-kanak tidak kencing malam kerana berusaha untuk memenuhkan jadual dengan pelekat berkenaan dan secara tidak langsung, membolehkan kanak-kanak dan doktor melihat pencapaian mereka. Konsep penghargaan dibentuk sebagai hadiah untuk usaha mereka.
✿ Terdapat juga sejenis alat pembunyi amaran yang diletakkan pada seluar anak. Alat ini sensitif pada lembapan dan akan berbunyi sebaik mengesan air kencing untuk membolehkan kanak-kanak segera bangun daripada tidur dan ke tandas.



 Rawatan menggunakan Muscare Aroma
- Urut labu betis anak sebelum tidur secara urutan menaik menggunakan Muscare Aroma.
- Sapu Muscare Aroma di pusat dan kawasan ari-ari juga. Bacalah doa ini yang bermaksud :
" Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu "



 Lagi cara rawatan di http://rahsiamuscare.blogspot.com/p/muscare-aroma.html



☏ Hotline __ whatsapp/wechat 0139270703

1 comment:

  1. Info yang menarik. Memang sebenarnya enuresis ini bukan sejenis penyakit tetapi berlaku kerana struktur fizikal pundi kencing kanak-kanak yang masih kecil dan tidak dapat menampung volum air kencing yang terlalu banyak. Rawatan dengan melatih anak-anak kencing sebelum tidur, menyediakan lampu yang terang di bilik air dapat dan tidak menakutkan kanak-kanak sangat penting untuk memastikan simptom ini pulih dalam masa terdekat.

    ReplyDelete