Friday, October 31, 2014

KONSISTEN ITU PERLU




SENARIO 1:

Beberapa minggu lepas, 
Suami : Ayang, tumit kaki abang ni merekah..teruk sangatlah. Tau tak apa2 krim yang boleh guna nak licinkan balik kulit ni?

Isteri : Laa...kan ada Muscare Aroma. Sapu jerlah kat tumit tu hari-hari. Tak payahlah nak beli krim mahal-mahal. Buat apa nak membazir...

Beberapa hari lepas,
Suami : Eh ayang, betullah ayang cakap, tumit abang dah licin lah, tak merekah lagi. Eloklah Muscare Aroma ni..

Isteri : Memanglah Aroma tu elok. Nak tak nak guna je. Kalau beli krim mahal2 pun tapi tak guna, takkan menjadi jugak!

Suami pun tersengih-sengih..



SENARIO 2: 

Beberapa minggu lepas,
A : Adik saya beli Aroma aritu, suruh sapu ke anak dia yang ada lelah tu. Tapi dia ni jenis malas..sekali-sekala jer dia sapu..hummm

S : OK Aroma tu. Tapi adik tu kena rajinlah sikit, sapu kat dada, tekak, dengan belakang anak tu tiap2 hari. Lepas mandi lagi elok sebab masa tu liang roma kulit terbuka kan..minyak senang meresap masuk. Trylah buat, tengok ada kesan tak..

Beberapa hari lepas,
A : Alhamdulillah. Anak buah dah tak lelah..Dia pakai konsisten. Now dah tak wheezing

S :  Alhamdulillah..Tapi kena maintain lah maknyer tu..hihihi..tak boleh malas

A : Insya Allah..





SENARIO 3:

Beberapa minggu lepas,
R : Suami saya resdung kuat betul, pagi-pagi bangun mesti bersin. Tapi dia tak suka bau Muscare Aroma ni. Marah betul dia kalau saya bagi dia cium..dia kalau bau-bau macam minyak attar ke..dia memang tak suka

S : Ni Customer pertama yang cakap Muscare Aroma tu busuk..  . Puan trylah letak kat hidung dia masa dia dah tidur..hehehe

Beberapa hari lepas,
R : Bila berkesempatan, saya letak kat hidung dia masa dia dah tidur. Kadang2 dia sedar, habis saya kena marah. Tapi saya buat jugak. hahahah...alhamdulillah sekarang bangun pagi dah tak kerap bersin macam dulu

S : alhamdulillah puan..amalkan selalu..hihihi..takperlah kan..kita nak dia sembuh, kena marah sikit pun takperlah kan..

Begitulah kasih sayang seorang isteri, sanggup dimarah asalkan suami lebih sihat. 




PENGGUNAAN MUSCARE AROMA
-> USAHA - Perlu guna dulu, baru nampak kesannya.
-> DISIPLIN - Perlu ikut cara dan kekerapan yang betul.
-> KONSISTEN - Perlu sentiasa guna kalau nak nampak kesan. Kalau sekali-sekala je guna, takde maknanya.
-> YAKIN - Perlu yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati dan tua.
-> DOA - Perlu sentiasa berdoa. Sebelum guna, bacalah doa semoga kita sembuh. Sedang guna bacalah selawat dan doa-doa penyembuhan. Selepas guna berdoalah semoga usaha kita mendapat keberkatan dari Allah.
-> TAWAKAL - Setelah berusaha dan berdoa, berserahlah kepada Allah sebab segala penyembuhan adalah dari-Nya.




MENGAPA MUSCARE AROMA ?
# BERKESAN - sudah banyak testimoni pengguna untuk penyakit yang melibatkan SARAF dan MINDA; seperti STRESS, RESDUNG, ASMA/LELAH, MIGRAIN, SENGGUGUT, JERAWAT, LUKA, SAKIT SENDI, ANGIN dll
# Digunakan sebagai terapi aroma oleh pengasas TERAPI TENAGA ES2Q Malaysia
# SEMULAJADI, SUCI, dan HALAL - ramuan menggunakan khlorofil 44 jenis herba dan pati bunga-bungaan (tiada unsur haiwan) dan pengisian DOA oleh Guru-guru Kerohanian.
# Penyediaan produk - proses pengekstrakkan, menanak, pemeramamam , dan PENGISIAN DOA
# SELAMAT - tidak ada penggunaan bahan terlarang atau bahan kimia yang boleh memberi kesan buruk
# MUDAH - konsep sapuan dan sedutan aroma sahaja, tidak perlu ditelan/dimakan - kegunaan luaran sahaja
# Tidak melekit
# Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk BAYI dan perempuan HAMIL




MENGAPA AROMATERAPI ?
& Telah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir, Romawi dan Yunani sekitar 6000 tahun yang lalu untuk penyembuhan. Terapi ini juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi, di India pada 3000 tahun yang lalu.
& Pada 1937, seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice Gattefosse, memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya.
& Rawatan Holistik - bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.
& Prinsip asas - untuk menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak langsung dan membuang 
& SELAMAT dan SEMULAJADI - menggunakan unsur dari tumbuhan sahaja.




"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
(Surah An-Nahl, ayat 69)




"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua"
(Surah Al-Isra, ayat 82)


*** Info lanjut pasal produk & cara menggunakannya :
http://rahsiamuscare.blogspot.com/p/muscare-aroma.html




*** Testimoni produk:
http://rahsiamuscare.blogspot.com/p/testimoni.html




*** wechat / whassap /telegram - 0139270703

No comments:

Post a Comment