Friday, October 17, 2014

AROMATERAPI UNTUK IBU HAMIL


Pada umumnya penggunaan aromaterapi adalah untuk menghasilkan keadaan rileksasi dan ketenangan. Aromaterapi biasanya dihasilkan dari bahan yang mudah menguap atau lebih dikenal dengan minyak wangian yang diekstrak dari tanaman. Manfaat dari minyak aromaterapi dapat membantu untuk bersantai, meredakan sakit dan nyeri yang muncul ketika kita sedang hamil.
Manfaat aromaterapi bagi ibu hamil sebagai berikut :
1. Melembutkan kulit
Ambil minyak aromaterapi, kemudian sapukan pada bahagian tubuh yang diinginkan seperti kaki, bahu atau perut iaitu bahagian yang banyak mengalami perubahan sehingga mengurut dapat membantu kita dalam memberikan ketenangan yang luar biasa, lakukan urutan lembut kerana dengan cara ini minyak dapat diserap ke dalam aliran darah kita melalui kulit. Walaupun selama kehamilan kita mengalami perubahan seperti mengalami kulit yang lebih sensitif sehingga penggunaan dapat dihentikan.
2. Pewangi semulajadi untuk menyegarkan udara
Minyak aromaterapi dapat kita gunakan di dalam bilik untuk memberikan udara segar ketika kita bernafas. Minyak aromaterapi yang digunakan untuk bernafas dapat membantu kita dalam melancarkan aliran darah. Kita boleh meletakkannya di ruangan yang kita gunakan untuk berehat. Bahan semulajadi dalam minyak aromaterapi memberikan manfaat yang berbeza, untuk kita yang ingin mendapatkan tidur yang berkualiti, terhindar dari rasa risau yang berlebihan dan juga menurunkan tekanan darah. Apalagi untuk ibu hamil yang sering mengalami gangguan tidur kerana keriasauan dan akibat dari perubahan fizikal yang lain.
3. Membantu mood (perasaan) pada ibu hamil
Molekul minyak aromaterapi sangat kecil sehingga mudah diserap oleh tubuh Kita. Bagi kita yang sedang hamil menggunakan produk aromaterapi di pagi hari seperti beberapa produk kosmetik dapat membantu mood (perasaan)yang lebih baik. Bagi kita yang sedang hamil menggunakan minyak aromaterapi dapat digunakan dengan cara menyapu pada kaki yang bengkak atau bahagian punggung untuk memberikan ketenangan kepada otot-ototnya semasa kehamilan.
Adapun minyak aromaterapi juga dapat kita gunakan untuk meredakan beberapa perubahan fizikal dan psikologi selama kehamilan seperti :
1. Untuk kelegaan sakit dan nyeri badan
2. Untuk mengurangi gejala mual dan muntah ( morning sickness )
3. Untuk menghilangkan sakit kepala
4. Untuk melegakan bengkak pada pergelangan kaki
5. Untuk mengurangkan sembelit
Pada umumnya semua minyak aromaterapi adalah antibakteria. Contoh, seperti minyak yang berasal dari pohon teh efektif terhadap virus dan dapat membantu untuk mencegah atau mengubati selsema. Selain itu penggunaan arometarapi boleh juga kita gunakan ketika sedang bersalin. Pengharum semulajadi yang berasal dari aromaterapi akan membantu suasana menjadi lebih rileks dan menghindari kerisauan berlebihan semasa proses bersalin. Kita juga boleh membuat rawatan urut aromaterapi dalam beberapa mingu akhir kehamilan. Satu kajian yang dibuat mendapati bahawa urutan secara teratur dan berkala dapat mengurangi rasa sakit selama bersalin. Walaupun demikian pengurutan harus dilakukan oleh orang yang mahir atau spa-spa yang mempunyai khidmat urutan kehamilan kerana melakukan urutan harus mengenali beberapa titik yang harus dihindari dalam urutan untuk menjaga perkembangan janin kita.
♡♡♡ Info lanjut pasal produk:
http://rahsiamuscare.blogspot.com/p/muscare-aroma.html




♡♡♡ wechat / whassap /telegram - 0139270703

No comments:

Post a Comment