Wednesday, October 15, 2014

11 TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN
(sesuai terutamanya untuk para pelajar)



1) Amalkan Tidur Yang Cukup
Lebih kurang 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur tetapi ada juga yang suka tidur lewat. Bila dah tidur lewat badan pun akan letih sebab tak mendapat rehat yang mencukupi. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat dan data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru.


2) Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot badan dan seterusnya melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan juga akan menjadi lebih baik. 


3) Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup tidak ceria menyebabkan sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Jadi sentiasalah berfikiran positif dan yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Pastinya diri akan rasa lebih baik.


♡☼✿
4) MENGAWAL TEKANAN ✔✔✔
Tekanan hanya akan membuat jiwa jadi tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Seseorang yang tertekan akan lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran, tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan terjejas. Oleh itu, kawal tekanan sebaiknya dengan bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, ✔ AROMATERAPI ✔ dan sebagainya.
♡☼✿






5) Belajar Sesuatu Yang Baru

Cuba aktifkan pemikiran dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya menghadiri kursus kemahiran jangka pendek, ceramah dan motivasi.


6) Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung dalam bahan bacaan.


7) Katakan Berulang Kali
Untuk meningkatkan ingatan tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga benar-benar ingat akan maklumat tersebut.


8) Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya sering fokus dalam sesuatu perkara. Contohnya matlamat hidup. Anda dapat menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

9) Bermain Dengan Angka
Asah minda secara bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan. Selain itu, anda boleh menghubung kaitkan angka dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.


10) Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


11) Makanan

Amalkan mengambil makanan yang baik untuk menguatkan daya ingatan. Berikut adalah contoh makanan yang boleh diamalkan:
-> Manisan madu lebah asli
-> Air Zam zam
-> Kurma/Tamar
-> Susu Segar
-> Kismis
-> Halia
-> Kekacang
-> Kuning Telur





=> info lanjut produk : http://rahsiamuscare.blogspot.com/p/muscare-aroma.html

http://rahsiamuscare.blogspot.com/p/smart-aroma.html



=> http://rahsiamuscare.blogspot.com/p/testimoni.html




=> WHATSAPP/WECHAT/TELEGRAM: 0139270703

No comments:

Post a Comment